MY BLOG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA

02 Julai 2009

Warkah buat emak...



Mak..ketika mak membaca surat ini anak mak ini telah jauh tinggal kan mak
Tidak mungkin anak mak ini, kembali kepada mak seperti mak melahirkan anak mak ini.
Kerana negeri yang anak mak tinggal bukan lagi negeri diatas dunia yang fana.Ketika dulu
Mak telah didik anak mak menjadi seorang anak yang baik dihadapan mak ,tapi anak mak ini
tidak sebaik apa mak bayangkan.
Sesungguhnya anak mak ini terlalu banyak dosa, tidak mungkin dapat ditebus dengan segala harta
Dan masa akan datang ..mungkin reda mak sentiasa mengiring anak mak ini ,maka tuhan sentiasa
memberi pertunjuk untuk anak mak yang hina ini.
Mak , ampunkan dosa anak mak ini .Betapa anak mak sangat sayang pada mak.Mak, adalah manusia
yang agong disisi tuhan ..sungguh mulia dirimu mak...
Ketika mak susah tiada siapa membantu dan mengerti deritamu..Anak mak pernah melihat mak
menangis tetapi kata mak, mata mak masuk habuk..aduhai mak !!! mengapa mak menipu anak mu
demi melihat anak mu bahagia.
Tetapi bila anak mak merantau jauh dia lupa dunianya yang lalu, hidup “kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang”.
Anak mak hayut dalam kesibukan mengejar kesenangan ,kemewahan ,keduniaan ,sehingga anak
mak lupa tujuan dia merantau jauh untuk membantu mak..untuk memberi kesenangan kepada mak.
Mak...anak mu masih ingat ,ketika mak berkata, harta bukan lah janji bahagia ,kasih sayang lah
pengubat segala,ketika anak mu dibuai alpa pesanan mu tiada dalam memori tetapi ketika ia
mengingati keinsafan baru memori itu berfungsi bagai pita rakaman.
Ya..keinsafan datang bila ia tak sanggup menangung derita dosa lampau yang tidak mampu
terpadam dalam kamus minda anak mak..
Kesakitan yang anak mak tanggung daripada nikmat yang seketika Cuma , begitu azab dan sengsara .
Mak,ketika doktor mengatakan anak mak mengidap kaser rahim ,bagaikan bom jangka
menghemtam kepala anak mak berputar –putar anak mu rasa dunia ini...
hanya yang bergema dalam hati adalah mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...
Mak, di akhir kehidupan ini anak mak ingin memohon seribu kemaafan ,halalkan makan minum anak
mak dan air susu yang mak beri ketika anak mak lahir sehinggalah anak mak usia 1 tahun 2 bulan..
Mak usah lah menangis mengenang anak mak yang derhaka ini .
Mak !pandang lah ,dihadapan mak ini, anak mak ada dihadapan melihat mak...anak mak ingin peluk
mak ,tapi tak mungkin ,dunia kita telah berbeza.
Tetapi, anak mak dapat rasa ,mak mesti rasa ,anak mak sedang memerhati mak .
Oh mak !!! ingin kupeluk mu membenam wajahku dalam dakapan hangat kasihmu seperti dahulu,
Biar anak mak tidak terasa kehangatan api neraka yang menjilat tubuh anak mak ini.
Mak terimalah jasab anak mak tanpa roh ini kafanlah ia sebagai mana mak membelai anak mak
ketika anak mak baru lahir.Hanya tangan mak dan keampunan mak lah kepanasan ini akan diganti
dengan sedingin salju ,mak.
Oh tuhan ku ,biar pun diriku tanpa syurga namun kupinta padamu suatu masa nanti kau sediakan
syurga untuk mak yang kusayang.
Mak ,jika jasab ini mak terima atau tidak diterima ,anak mak akan bermohon pada tuhan agar
memberi segala kesenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada mak.Ini sahajalah balasan
yang mampu anak lakukan setelah sekian lama menyakiti hati mak.
Di sini anak mak ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca warkah ini..dan ketika ini
anak mak tahu jasad anak mak sudah mak terima kerana warkah ini telah selamat sampai ditangan
mak.
Sekeian...

Tiada ulasan: