MY BLOG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA

03 Oktober 2009

Al Quran ada menegaskan wujudnya 2 penyakit iaiatu jasmani dan rohani atau fizikal dan mental.
Al Quran menjelaskan juga bahawa sesuatu penyakit dan sembuhnyatidak hanya dikaitkan dengan
sesuatu sebab sahaja, tetapi dihubungkan dengan musabbib iaitu takdir, kehendak dan kekuasaan
Allah.

Aspek rohani berkait rapat dengan tauhid atau berkait terus dengan Allah.Jika seseorang dalam usahanya
mengenal dan mendekatkan diri kepadaNya dapat mencapai makrifatullah serta memperbanyakkan
zikrullah maka barulah kerohaniannya jadi sihat dan kuat.

Jin dan syaitan dijadikan daripada api (Al-Hijr,27) maka tubuh dan jasadnya serupa angin.Bagaimana
kita tidak boleh melihat angin maka begitulah kita tidak boleh melihat jin atau syaitan.

Bagaimana angin boleh meresap masuk ke dalam tubuh manusia menerusi mana-mana rongga tubuh
badan seperti mulut,hidung,liang bulu roma, maka begitulah jin dan syaitan boleh masuk ke dalam
tubuh manusia.Rasulullah S.A.W pernah menyebutkan bahawa syaitan itu berlari dalam pembuluh
darah anak Adam.

SAKA boleh tempias kepada sesiapa saja walaupun tiada pertalian darah.
Menurut Prof.Dr. Jahid Sidek, seorang Pendakwah dan Pengamal Perubatan Islam;
saka sering dikaitkan dengan ilmu dan amalan salah yang melibatkan penggunaan jin
atau syaitan yang diwarisi oleh seseorang daripada usulnya,ibu bapa atau datuk nenek ke atas.

Beliau memberi contoh,saka boleh diwarisi oleh seseorang daripada sahabat karibnya,isteri
mewaris daripada suami atau sebaliknya,pekerja daripada majikannya atau sebaliknya ,seorang
pelajar dari pensyarahnya atau sebaliknya,begitu juga doktor daripada jururawatnta atau sebaliknya.

Seorang jiran mungkin mendapat saka dari jirannya (yang selalu bertandang) dan seorang yang selalu
berjumpa bomoh atau pawang juga boleh mewarisi saka dari bomoh tersebut.

Malah menurutnya lagi,satu fakta yang mungkin memeranjatkan bagi kebanyakan orang, cara
seseorang itu mendapat saka tidak semestinya melalui ilmu dan amalan salah yang melibatkan
jin atau syaitan tadi.

Saka secara lansung,boleh terjadi apabila jin atau syaitan itu masuk sendiri ke tubuh manusia
tanpa disedari oleh tuan punya tubuh lalu menghuni dan beranak pinak dalam tubuh tersebut
malah boleh berpindah kepada sesiapa yang berdamping dengan orang tersebut.Contohnya boleh
berlaku perkara begini apabila terjatuh tiba-tiba atau kencing ditempat-tempat tertentu.

Jin juga akan masuk ke dalam tubuh seseorang bukan kerana marah ,tetapi kerana suka iaitu
"rasa selesa, dapat makan minum dan daapat tempat tinggal".

Saka juga boleh berlaku melalui sihir dan amalan "memagar rumah" .

Menurut Prof.Dr Jahid,saka boleh berpindah melalui pelbagai cara.Antaranya melalui sentuhan
tangan sewaktu bersalam ,melalui pandangan mata, melalui barang milik peribadi, melalui rumah
kediaman dan sebagainya.

Akibat saka dari aspek kesihatan; saka menyebabkan kesihatan sering terganggu.Gangguan
kesihatan ini tidak putus-putus.

Akibat saka dari sudut aspek sosial pula, seseorang yang mendapat saka akan menghadapi
masaalah perhubungan, saka menyebabkan kacau bilau termasuk dalam keluarga.

Saka dari aspek agama; menyebabkan rosak akidah andainya disengajakan, malah turut
merosakkan syariat.Misalnya rasa berat untuk solat, tak boleh berzikir, tak boleh baca Quran.
Bila berzikir atau baca Quran, kepala rasa pening dan badan rasa sakit-sakit.Ini semua gangguan saka.
acit:
TANDA-TANDA SAKA

Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka :

a. Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang yang mewariskan saka dengan
orang yang menerimanya.

b. Ada persamaan dalam masaalah kesihatan.

c. Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang
menerimanya.

d. Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.

e. Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.

f. Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan
ibu atau bapanya itu.

g. Suasana rumah yang tidak harmoni.

h. Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut.

Tiada ulasan: