MY BLOG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA

03 Oktober 2009

Budi Kalian

Tidak akan aku lupa segala budi dan jasa-jasa kalian padaku

akan kusimpan sehingga ku terkubur dibumi ini

ia tetap segar dan mekar dalam ingatan

biarpun kita tidak sehaluan arah

tapi cita -cita dan impian kita

adalah sama untuk meraih kejayaan

tak bisa ku lupa gurau senda kalian

umpat keji ,semua itu menyakinkan aku mengorak langkah

mungkin tanpa kata-kata kritikan kalian aku tak bisa menjadi seperti hari ini.

kerana tunjuk ajar kalian aku mampu berdiri sendiri.

aku ingin kedepan tak mahu menoleh lagi

waktu-waktu yang sukar untuk ku

jika ku masih pandang

segala cemuhan dari setiap insan

mungkin pincanglah langkah ini

aku ingin mengorak seribu langkah yang berani

tanpa mengharap bantuan dari kalian

kerana satu hari setiap pengorbanan

menuntut hasil yang tidak mampu kubayar

biarlah sendiri meniti kehidupan ini

kasih sayang ibuku lah pendorong kejayaan

yang bakal ku gapai suatu masa nanti

aku tak perlu lagi mengharap budi kalian

sudah cukup ku rasa peritnya

bila diri mendapat budi

yang mengharap balasan.

tak mampu kuhintung segala budi kalian

mengandungi rahsia sendiri

niat yang tersembunyi

lataran memakan diriku

menampak kepedihan dalam hati

bila sahabat menjadi musuh

bertebaran seteru mengacam hidupku

mengundang resah berpanjangan

bagai dikata hati-hati termakan budi

kelak tergadai body,

Dalam dunia ini tiada lagi nilai keikhlasan

setiap dilakukan mengharap balasan

wang tak seberapa harta tidak semenggah mana

namun rela mengadai erti persahabatan

asal dapat kepuasan dapat memburukkan insan

yang tidak memahami kenapa ia disingkir

mahu bertanya lidah ku kelu

tidak rela mencipta seteru

biar lah berdiam diri menjadi senjata

kedamaian daripada mengundang peluru pertengakaran

menjadi angkatan syaitan.

Semakin kita memperoleh kesenangan

beringat-ingatlah banyak cobaan dan dugaan

yang tak diundang ,

Namun segala telah membuat ku dewasa dan matang

dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Berhati-hati mengata orang atau menunding jari

sesungguhnya setiap kata kembali pada diri sendiri.

dulu kalian sibuk mengata orang lain tolong mengharap balasan

kini kata- kata itu berbalik pada kalian

...jika terasa renung kembali dalam diri

sebelum mengamuk tak tentu hala...

kalau saya bersalah cebisan ini mengundah amarah

seribu kemaafan kuhulur.

Hari ini mungkin kalian terasa megah kerana ada insan mengemis pertolongan

jangan kalian lupa suatu masa

kalian mengemis pertolongan

namun tiada yang memberi bantuan

jangan mengata orang ....

sebab sikap kalian jua begitu

semua ada balasan sewajarnya

kadang kala kita di atas dan kadang kala kita dibawah

oleh itu jangan terlalu ghairah bermegah

sekelip mata kalau tuhan mahu melenyap

hilang lah pangkat dan kesenangan yang kalian agung-agungkan itu.

Bukan aku mendabik dada mengata diri sehebat isteri- isteri nabi

tiada berdosa tidak pernah melakukan kesilapan

aku hanya insan biasa yang setiasa berbuat dosa

namun aku sentiasa memohon kemaafan

jika kemaafan dipinta tiada siapa ingin memberi kemaafan

terpulanglah

pada tuhan kuberserah

aku telah menjalan kewajipan aku sebagai insan

yang tak punya kuasa mengubah hati setiap insan .

sesiapa yang membaca bingkisan ini guna lah akal yang waras

untuk berfikir dengan bijaksana

serta dengan keikhlasan.



Tiada ulasan: